Nur Fadhilah Mohamad Puzi sebelum ini merupakan jururawat sebelum nekad menceburi bidang perniagaan.

KUALA LUMPUR – Bermula dengan menjual produk orang lain selama lapan tahun, impian wanita berusia 30 tahun ini untuk membina empayar perniagaan sendiri akhirnya tercapai.

Siapa sangka, hasil keputusan nekadnya, kehidupan Nur Fadhilah Mohamad Puzi telah berubah sekelip mata menjadi usahawan berjaya dan kini mampu memiliki ibu pejabat sendiri di Kompleks Usahawan Terengganu, di Kuala Terengganu, Terengganu.

Pengorbanan ibu kepada empat anak itu turut berbaloi selepas beliau sanggup berhenti kerja sebagai jururawat di hospital kerajaan untuk menguruskan kesihatan suaminya, Mohamad Ridhuan Hasmi yang menjalani pembedahan lutut.

“Bermula daripada pengalaman pahit manis menjual produk orang lain selama lebih empat tahun, saya nekad untuk membina empayar perniagaan sendiri pada tahun 2018 walaupun beroperasi dari rumah pada peringkat awal.

“Suami dan keluarga sangat menyokong untuk saya meneruskan minat dalam bidang kesihatan kerana mereka tahu saya sangat minat bidang tersebut.

“Alhamdulillah dengan berbekalkan  ilmu mengenai produk kesihatan, saya memulakan penyelidikan dan pembangunan produk pertama iaitu iaitu krim natural bayi yang diformulasi khas untuk mengurangkan masalah batuk, selesema dan kembung kepada kanak-kanak,” katanya yang memiliki Diploma Kejururawatan dan pernah menjadi guru di sebuah sekolah Maahad Tahfiz di Kuala Terengganu selama dua tahun.

Nur Fadhilah memperkenal jamu berbentuk gula-gula yang pertama di Malaysia.

Nur Fadhilah yang lebih dikenali sebagai Dilla Puzi ketika ini merupakan pemilik Aura Dilla Empire dengan menghasilkan rangkaian produk kesihatan di bawah jenama Nurrifa.

Pada peringkat awal, beliau hanya memiliki seorang kakitangan sebelum bertambah 10 orang pada hari ini.

Sehingga kini Nurrifa memiliki rangkaian produk kesihatan terutamanya untuk golongan wanita, ibu dan kanak-kanak.

Antara produk paling laris dan mendapat sambutan hebat adalah Miracle Baby Cream dan Seeri Pastil Herba Wanita iaitu produk jamu gula-gula.

Berkongsi niat menceburi bidang perniagaan, Nur Fadhilah mengakui idea mengeluarkan produk jenama sendiri adalah kerana ingin memberi manfaat  kepada masyarakat.

Jelasnya, sekiranya produk yang yang dihasilkan berkualiti, tempiasnya turut boleh membantu mereka yang ingin menjadi wakil jualan untuk mendapat pendapatan sampingan malah ada yang mampu memperolehi melebihi lima angka.

“Keuntungan yang diberikan syarikat  sangat tinggi kepada wakil jualan kami kerana misi utama adalah berkongsi rezeki dan kesenangan bersama.

“Namun kami sama sekali tidak berkompromi dengan kualiti kerana setiap produk yang kami keluarkan mendapat kelulusan pihak berwajib antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, logo Halal dan Mesti serta dihasilkan di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP),” katanya yang kini memiliki 120 wakil jualan.

Mohamad Ridhuan Hasmi menjadi tulang belakang isterinya.

Nur Fadhilah memberitahu, pihaknya menyasarkan jualan 50,000 unit sebulan pada akhir tahun ini selain perancangan menembusi pasaran Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Tegas beliau, keyakinan itu berdasarkan sambutan produk Seeri yang memiliki keunikan di pasaran sebagai jamu moden.

Akuinya, ramai wanita pengguna yang yang jatuh cinta dengan produk itu apabila rasanya tidak pahit seperti jamu lain kerana seperti menguyah gula-gula berperisa lemon.

“Sebelum ini, ramai wanita sudah biasa dengan jamu dalam kapsul, tablet, jus atau serbuk namun Nurrifa mahu memberikan kelainan jamu dalam bentuk pastil atau gula-gula.

“Apatah lagi, rasanya seperti  lemon dan bukannya pahit atau kelat yang memudahkan pengguna mengamalkan secara konsisten dan pengambilannya boleh dimakan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat,” katanya.

Mereka yang berminat menjadi wakil jualan Nurrifa atau membeli rangkaian produknya boleh melayari Facebook (FB) Nuriffa HQ atau laman www.nurrifa.com atau talian +60 16-500 3556.

Mereka juga boleh melayari Facebook: Dilla Puzi, Instagram: Jamu Seeri Malaysia dan Page FB: Jamu Seeri Malaysia. – MalaysiaGazette