Pakatan Harapan PH flag Sarawak state election polls
Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada Khamis untuk membincangkan perkembangan semasa dan melakukan persiapan untuk persidangan Dewan Rakyat yang akan bermula.

Oriental Daily melaporkan, mesyuarat PH antaranya akan membincangkan keadaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini menyatakan beliau menerima sokongan majoriti.

Sumber berkata, sekiranya tiada “perkembangan selanjutnya” berhubung sokongan majoriti Anwar, maka PH juga perlu mengorak langkah membincangkan Bajet 2021 yang akan dibentangkan di Parlimen. – MalaysiaGazette