Anggota polis mengepung kawasan gereja di Nice yang menjadi lokasi serangan pisau. foto Agensi

PARIS – Tiga orang terbunuh dalam serangan pisau di sebuah gereja di bandar Nice.

Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi mengesahkan kejadian itu.

Seorang warga emas yang menjadi mangsa kejadian itu ditemui dengan kepalanya hampir dipenggal kepalanya.

Dua lagi mangsa yang mati diserang di dalam gereja ialah seorang wanita warga emas dan seorang lelaki yang dijumpai dengan kerongkongnya ditikam, kata polis.

Wanita itu berjaya melarikan diri ke sebuah kafe walaupun ditikam beberapa kali tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Polis mengesahkan seorang suspek ditembak dan ditahan tidak lama kemudian.

Estrosi mendakwa suspek telah “mengulangi perkataan ‘Allahu Akbar’ tanpa henti”.

Presiden Emmanuel Macron dikatakan dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Pendakwa anti-keganasan negara Perancis telah membuka siasatan pembunuhan.

Setakat ini polis belum mendedahkan motif di sebalik serangan di Nice – beberapa hari selepas tunjuk perasaan di beberapa negara Islam susulan tindakan Presiden Macron mempertahankan kartun Perancis yang menggambarkan Nabi Muhammad.

Perancis turut berdepan dengan kempen boikot barangan buatan negara itu.- MalaysiaGazette