Premis perniagaan ditutup susulan keganasan yang berlaku di Philadelphia. foto Reuters

PENNSYLVANIA – Perintah berkurung dilaksanakan di Philadelphia selepas dua hari tunjuk perasaan ekoran kes bunuh seorang lelaki kulit hitam oleh polis.

Keluarga Walter Wallace Jr mendakwa mangsa mengalami krisis kesihatan mental ketika dia ditembak oleh polis.

Polis memaklunkan pihaknya menerima laporan tentang seorang lelaki dengan senjata di kawasan kejiranan Cobbs Creek di West Philadelphia sekitar jam 4 petang (20:00 GMT) pada hari Isnin.

Ketika tiba, polis memberitahu, seorang lelaki, dikenal sebagai Wallace, memegang pisau ketika anggotanya menghampirinya.

Wallace didakwa datang ke arah polis tanpa melepaskan senjata pada tangannya.

Kedua-dua pegawai melepaskan tembakan “beberapa kali”, memukul Wallace di bahu dan dada, katanya.

Wallace yang cedera dihantar ke sebuah hospital dan disahkan meninggal dunia.

Mangsa yang berusia 27, mengalami gangguan bipolar dan isterinya telah memberitahu polis sebelum mereka melepaskan menembaknya, kata seorang peguam yang mewakili keluarganya.

Tindakan polis itu menimbulkan persoalan terhadap tindak-tanduk mereka menangani isu individu yang mempunyai masalah kesihatan mental.

Pembunuhan tersebut mencetuskan kemarahan penduduk dan penunjuk perasaan kembali bertempur dengan polis pada hari Selasa.

Oleh itu aktiviti perniagaan dilarang beroperasi di seluruh bandar berkenaan.

Perintah berkurung di seluruh bandar dan bermula pada pukul 9 malam waktu tempatan.

Pengawal Nasional Pennsylvania dan pasukan polis telah dikerahkan mengawasi keadaan.

Polis mendakwa seramai 30 anggotanya cedera dalam pertempuran malam Isnin.

Philadelphia juga menyaksikan tunjuk perasaan besar pada awal tahun ini ekoran kekejaman dan perkauman polis susulan kematian George Floyd di Minnesota. – MalaysiaGazette