Cristiano Ronaldo

MILAN – Bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo disahkan negatif Covid-19 selepas hampir tiga minggu dijangkiti virus pandemil itu.

Pemain terbaik dunia itu kali pertama diuji positif virus berkenaan pada 13 Oktober lalu ketika bermain untuk Portugal.

Juventus akan bertemu Spezia esok dengan semua perlawanan Serie A diadakan secara tertutup.

Sementara itu, kelab lain dalam liga Itali itu apabila dilanda kes baharu melibatkan Atalanta, Sassuolo, Crotone dan Parma.

Di Bergamo, sidang media pra-perlawanan pengendali Atalant.a Gian Piero Gasperini terpaksa dibatalkan selepas terdapat kes positif dalam kalangan jurulatih pasukan.

Crotone turut mengesahkan pemain tengah mereka Salvatore Molina menunjukkan gejala dan menjalani kuarantin kendiri.

Sassuolo, yang bertandang ke Napoli mempunyai tiga kes baharu termasuk seorang pemain manakala Parma yang bertemu Inter Milan, mendedahkan dua pemainnya dijangkiti kali kedua.

Serie A kini dalam usaha meminta UEFA melonggarkan peraturan sedia ada yang membenarkan perlawanan dilangsungkan selagi pasukan mempunyai 13 pemain sihat termasuk penjaga gol.

Ini bermakna hanya jika terdapat 10 kes atau lebih dalam sesebuah pasukan seminggu baru mereka akan mendapat pengecualian, itu pun hanya untuk satu penangguhan dalam semusim. – MalaysiaGazette