Tedros Adhanom Ghebreyesus. foto AP

GENEVA – Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak kepada individu yang positif Covid-19.

“Saya telah dikenal pasti sebagai kontak individu yang disahkan positif Covid-19. Saya sihat dan tidak mengalami gejala tetapi menjalani kuarantin untuk beberapa hari, selari dengan protokol WHO,” katanya menerusi Twitter.

Sepanjang tempoh kuarantin itu, Dr Tedros akan bekerja dari rumah.

Tambahnya, adalah sangat penting semua pihak mematuhi panduan kesihatan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 dan melindungi sistem kesihatan.

Bercakap di Geneva pada hari ini, Tedros mendesak para pemimpin di seluruh dunia mematuhi nasihat pakar di tengah-tengah peningkatan kes di Eropah dan Amerika Utara.

Dr Tedros yang juga bekas Menteri Luar Ethiopia, seorang pakar penyakit berjangkit menerajui WHO pada tahun 2017.

Beliau adalah individu yang berada di barisan depan dalam usaha global untuk memerangi wabak tersebut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast