PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

NILAI – Seorang wanita warga emas maut akibat ditetak manakala dua rakannya cedera selepas diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di Putra Point, Bandar Baru Nilai, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi semasa warga emas berumur 63 tahun itu bersama dua wanita masing-masing berusia 61 dan 69 tahun berada di sebuah bangunan kosong, apabila diserang lelaki berkenaan.

“Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kesemua mangsa dikejar suspek yang kemudiannya menghayun sebilah parang ke bahagian belakang seorang wanita, dan akibat serangan, warga emas itu meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dua lagi yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek yang berumu 42 tahun ditahan polis di Jalan Bandar Baru Nilai 1/2E pada pukul 12.30 tengah hari tadi, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Motif kejadian masih dalam siasatan. – Bernama