Toyota Harrier yang terbakar dan pemandunya disyaki lelaki tempatan rentung dlam kejadian awal pagi tadi.Foto Ihsan: IPD Sepang

KUALA LUMPUR – Polis akan memohon reman terhadap dua individu yang dipercayai terlibat dengan kes seorang lelaki yang rentung dalam kebakaran Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di kawasan belukar berhampiran stesen Express Rail Link (ERL) Salak Tinggi dekat sini dilanjutkan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, kedua-dua suspek yang berusia 42 dan 37 tahun akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sepang esok.

Pada 28 Oktober lalu, seorang lelaki ditemui dalam keadaan rentung di dalam SUV) yang hangus terbakar berhampiran Stesen ERL Salak Tinggi di Sepang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pasukan bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiba di tempat kejadian pada jam 4.47 pagi sejurus selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu.

Sehari selepas kejadian, kedua-dua suspek yang merupakan kawan rapat mangsa dan bekerja sebagai kontraktor ditangkap di dua lokasi berlainan dan direman selama tujuh sehingga esok untuk membantu siasatan.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Mangsa rentung Toyota Harrier parah dihiris

Mayat rentung dalam Toyota Harrier mangsa kes bunuh

Polis tahan kawan rapat mangsa kebakaran Toyota Harrier