Toyota Harrier yang terbakar dan pemandunya disyaki lelaki tempatan rentung dlam kejadian awal pagi tadi.Foto Ihsan: IPD Sepang

SEPANG: Seorang lelaki yang dipercayai kawan rapat kepada mangsa yang rentung dalam kebakaran Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) di kawasan belukar berhampiran stesen Express Rail Link (ERL) Salak Tinggi ditahan polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan bahawa suspek berusia 42 tahun itu merupakan rakan karib mangsa.

Katanya, supek ditahan polis ketika berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 4 petang semalam.

Menurut Wan Kamarul, berdasarkan siasatan nombor chasis Toyota Harrier yang 100 peratus terbakar itu adalah kepunyaan seorang lelaki India.

“Berdasarkan maklumat alamat kenderaan yang terbakar itu yang didaftarkan di Subang Jaya berjaya membawa kepada penangkapan suspek itu untuk siasatan lanjut dalam kes ini.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu Wan Kamarul mengesahkan menerima panggilan 999 dari seorang saksi pada jam 3.30 pagi hari kejadian yang menyatakan dia terdengar bunyi letupan.

“Saksi yang tinggal di asrama beralamat Jalan Airpot City 2, telah turun ke bawah dan nampak api marak dari dalam hutan yang terletak di sebelah asrama berjarak 20 meter sebelum menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

“Siasatan pegawai penyiasat di tempat kebakaran mendapati mayat telah rentung sepenuhnya dan polis dapat menemui kesan kebakaran dalam lingkungan 10 meter daripada kereta itu.

Mayat mangsa yang ditemui rentung 90 peratus di bahagian tempat duduk pemandu daaan diserahkan kepada polis.

Polis mengklasfikasikan kes sebagai kes bunuh selepas mendapat keputusan bedah siasat dan memulakan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Mayat rentung dalam Toyota Harrier mangsa kes bunuh