Ismail Sabri Yaakob government corruption MACC
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seramai 456 individu ditahan kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 455 individu dikompaun manakala seorang daripadanya direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (143), penjarakan fizikal (137), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (77), aktivti pusat hiburan (28), dan lain-lain (71),” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak berkuasa berjaya melakukan tangkapan ke atas 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua orang tekong.

Katanya, turut dirampas sembilan kenderaan darat dan sebanyak 277 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast