Kelihatan pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja pembinaan selepas kerajaan membenarkan sektor pembinaan beroperasi sepenuhnya dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 18 JUN 2020

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara diunjur kembali pulih antara 6.5% hingga 7.5% pada tahun depan.

Ia selaras dengan jangkaan pemulihan pertumbuhan global dan perdagangan antarabangsa.

Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 berkata, pertumbuhan ekonomi akan terus dipacu oleh asas ekonomi yang kukuh dan kepelbagaian struktur ekonomi yang baik.

Namun begitu, prospek ekonomi yang memberangsangkan ini tertakluk kepada dua faktor utama iaitu kejayaan mengekang pandemik dan pemulihan berterusan dalam permintaan luaran. – MalaysiaGazette