Gambar hiasan

SIMPANAN wang untuk waktu kecemasan adalah penting
untuk pihak. Ianya penting untuk digunakan ketika waktu-waktu kecemasan dan mendesak seperti sekarang, yang mana kita dilanda dengan wabak Novel Koronavirus (Covid-19). Tiada sesiapa pun yang menjangka landskap seluruh dunia termasuk Malaysia berubah melalui penularan virus Covid-19 ini semenjak awal tahun ini. Virus Covid-19 adalah sejenis virus baru. Ia adalah sejenis virus yang berbahaya serta boleh membawa impak terhadap tahap kesihatan mereka yang dijangkiti dengannya. Sehingga kini, berjuta-juta orang yang telah dijangkti dengan virus Covid-19 dan lebih sejuta orang yang telah dilaporkan maut akibat daripada dijangkiti dengan virus Covid-19 ini di serata dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada terkena tempias
dengan penularan virus Covid-19 ini. Akibat daripada penularan virus Covid-19 ini dalam negara kita, pelbagai langkah drastik terpaksa diambil bagi membendung penularannya. Antara langkah paling drastik sekali yang telah diambil ialah dengan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada pertengahan bulan Mac yang lalu sehingga awal bulan Mei.  Perintah PKP ini telah menyebabkan banyak sektor perniagaan, ekonomi dan pekerjaan ditutup. Penutupan sektor-sektor ini telah
menganggu kehidupan ramai pihak. Antara yang paling terjejas adalah golongan peniaga kecil-kecilan dan mereka yang bekerja sendiri.

Walaupun perintah PKP ini sudah lama berakhir, penularan virus Covid-19 ini dalam negara kita masih belum berakhir. Pelbagai langkah lain yang terpaksa diambil bagi melindungi tahap kesihatan orang ramai daripada dijangkti dengan virus Covid-19 ini. Pendek kata, kehidupan semua rakyat terganggu dengan penularan virus Covid-19, bukan sahaja di dalam Malaysia malah di seluruh dunia. Pelbagai cadangan drastik dan luar jangka terpaksa diberikan bagi memastikan semua pihak yang terjejas
dengan penularan virus Covid-19 ini dapat meneruskan hidup. Antara cadangan yang dikemukakan adalah pengeluaran wang simpanan untuk persaraan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang simpanan KWSP ini adalah penting untuk kegunaan pekerja selepas mereka bersara kelak. Kita tidak tahu selama mana kita akan hidup selepas bersara nanti. Adalah penting untuk kita ketahui dengan kemajuan dunia sains dan teknologi perubatan, umur manusia makin lama makin panjang.

Lanjutan had usia manusia ini menuntut semua pihak untuk lebih bersiap sedia bagi hadapi segala kemungkinan luar jangka terutamanya dari aspek kewangan. Kita tidak boleh menafikan kepentingan wang dalam kehidupan seharian kita. Wang adalah penting supaya kita dapat meneruskan kehidupan seharian kita tanpa mengharapkan bantuan serta menyusahkan orang keliling. Wang menjadi lebih penting selepas kita bersara kelak. Apabila usia meningkat, lebih banyak wang yang diperlukan dalam kehidupan kita. Ini adalah kerana peningkatan usia manusia akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka terutamanya dari aspek kesihatan. Usia lanjut akan menyebabkan tahap kesihatan kita menurun. Penurunan tahap kesihatan ini akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Bagi merawati penyakit-penyakit ini, kita memerlukan wang bagi melakukan proses rawatan. Usia
yang lanjut juga akan menyukarkan proses carian kerja kerana tenaga pun semakin berkurangan. Ini akan membantutkan lagi usaha untuk mencari sumber pendapatan apabila kita semua sudah sampai pada usia bersara kelak. Ramai majikan diluar sana pun lebih gemar mendapatkan tenaga kerja dari kalangan orang muda yang lebih sihat dan bertenaga. Oleh yang demikian, adalah penting supaya kita memiliki sumber kewangan yang benar-benar kukuh bagi menampung kehidupan kita selepas bersara. Cadangan untuk mengeluarkan wang simpanan dari KWSP ini perlu diteliti dengan baik supaya simpanan wang hari tua orang ramai tidak terjejas sehingga boleh mambawa kesan terhadap kehidupun mereka dikemudian hari.

Adalah penting supaya orang ramai untuk memiliki simpanan wang untuk waktu–waktu kecemasan. Selain daripada menyimpan wang didalam KWSP untuk simpanan waktu persaraan, orang ramai juga perlu menyimpan wang untuk kegunaan waktu kecemasan. Setiap orang perlu menyimpan sedikit wang bagi digunakan ketika ia diperlukan tanpa perlu menyentuh simpanan persaraan mereka. Orang ramai perlu belajar pengurusan kewangan bagi mengurus aspek kewangan harian mereka. Amalan berjimat- cermat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian bagi memastikan terdapat lebihan wang untuk disimpan dan digunakan ketika waktu kecemasan. Terpulang pada diri individu masing-masing sebanyak mana yang mereka ingin simpan wang mereka untuk kegunaan waktu kecemasan. Walaupun wang dijimat dan disimpan adalah sedikit, namun sekiranya ianya dilakukan setiap masa, wang yang berjaya dijimat dan disimpan berkenaan akan menjadi banyak. Bak kata
pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, 
Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

3 Komen

  1. laaaaa tulisan mcm budak2 sekolah menengah! setakat nak cakap psl menyimpan utk hari tua, tak payah ada PhD pun orang semua tahu..tak kritikal langsung…buang duit rakyat jer bayar gaji mamat ni mahal2 lastly tulisan mcm sampah..

Comments are closed.