Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus dibantu kerajaan untuk memastikan kelangsungan perniagaan dalam menguruskan aliran tunai.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jaminan kerajaan terkumpul berjumlah RM289.8 bilion atau 20.1% setakat akhir September 20 daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 (RM275.4 bilion).

Peningkatan ini disebabkan terbitan baharu DanaInfra dan Prasarana membiayai projek infrastruktur pengangkutan awam serta pembiayaan diterbitkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Ia bagi membiayai kemudahan pinjaman perumahan penjawat awam.

Sebahagian besar jaminan kerajaan untuk sektor infrastruktur (53.7%) dan perkhidmatan (24.3%).

Sebanyak 19 penerima utama jaminan kerajaan mewakili lebih daripada 80% jumlah jaminan pinjaman.

Pada akhir September 2020, portfolio keseluruhan jaminan kerajaan mencatat purata tempoh matang berwajaran 10.9 tahun.

Risiko pembiayaan semula kekal terkawal dengan hampir 20% daripada jaminan kerajaan dijangka matang dalam tempoh 10 tahun, sementara hampir 45% daripada portfolio oni akan matang lebih 10 tahun.

Manakala risiko kadar tukaran mata wang secara relatifnya minimum kerana lebih 90% daripada jumlah jaminan kerajaan dalam denominasi ringgit. – MalaysiaGazette