Polis menahan seorang lelaki yang melakukan protes terhadap sekatan pergerakan di London, foto Reuters

LONDON – Polis British menahan 104 penduduk London kerana melanggar peraturan sekatan pergerakan dan menjangka lebih banyak tangkapan ketika operasi diteruskan.

Orang ramai masih berkumpul di pusat kota London walaupun sekatan pergerakan sudah dikuatkuasakan untuk membendung penyebaran koronavirus.

”Malam ini, terdapat sekumpulan orang telah mengabaikan peraturan baharu, bersikap tidak bertanggungjawab dan mengadakan pertemuan dengan cara yang berbahaya.

”Lebih daripada 100 orang ini telah ditangkap akan berdepan dengan tindakan mereka,” kata Polis Metropolitan.

Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Sabtu memerintahkan England kembali melaksanakan sekatan pergerakan bermula dari pagi Khamis selepas lebih satu juta kes Covid-19 direkodkan.

Lonjakan jangkitan kes Covid-19 telah mengancam sistem perkhidmatan kesihatan.

Sepanjang tempoh sekatan pergerakan, orang ramai diarah untuk tinggal di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan baharu, jika tidak ia boleh mendorong lebih banyak kematian berbanding gelombang pertama yang mengakibatkan perintah pergerakan dilaksanakan selama tiga bulan. – MalaysiaGazette