Wong Yan Ke

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) Wong Yan Ke ditahan polis semasa serbuan dan pemeriksaan di rumah presiden semasa persatuan itu Yap Weng Qin hari ini.

Sumber polis memberitahu MalaysiaGazette, suspek ditahan sekitar 3.30 petang tadi atas kesalahan menghalang tugas polis ketika mahu melakukan pemeriksaan.

Polis telah pergi ke rumah yang dihuni Weng Qin sekitar jam 3.30 petang di Petaling Jaya untuk melakukan pemeriksaan berkaitan siasatan kes mencabar kuasa YDPA tidak mencampuri hal ehwal negara.

“Setelah tiba dan mahu melakukan pemeriksaan, Weng Qin tidak mahu memberi kerjasama membuka pintu rumah dan memaklumkan hanya akan berbuat demikian selepas peguamnya tiba.

“Peguamnya hadir dan meminta waran pemeriksaan sebelum polis membalas bahawa polis berkuasa melakukan serbuan dan megeledah rumah suspek tanpa waran mengikut Seksyen 8(2) Akta Hasutan 1948,” kata sumber itu lagi.

Kata sumber lagi, Weng Qin kemudian membuka pintu untuk polis membuat pemeriksaan sebelum bekas presiden UMANY mula menggunakan telefonnya merakam video serbuan itu.

Katanya, polis memberi amaran supaya tidak merakam video namun Yan Ke tetap berdegil meneruskan perbuatan itu dengan alasan itu kuasa dan haknya yang tidak boleh dicabar polis.

“Kita kemudian menahan Yan Ke kerana menghalang tugas penjawat awam di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan selain merampas telefon bimbit yang digunakan untuk merakam video. Suspek serta barang rampasan diserahkan kepada polis IPD Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.

“Pada awal serbuan kami nyaris memecahkan pintu kerana mereka enggan membuka pintu selepas berulang kali diminta memberi kerjasama. Namun oleh kerana mereka adalah pelajar, kami masih bersabar dan berlembut minta kerjasama.

“Susulan pemeriksaan di rumah itu kami merampas sebuah telefon bimbit dan komputer riba milik Weng Qin (Presiden UMANY).

“Di rumah itu turut ada tujuh hingga lapan orang pelajar yang memegang jawatan ketua biro keselamatan, publisiti dan beberapa jawatan dalam UMANY.

“Mereka diberi notis perintah hadir ke Balai Polis Kajang untuk siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Beliau berkata, Weng Qin difahamkan telah mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM serta Majlis Perwakilan Mahasiswa UM dan mengakui pendirian UMANY berhubung kenyataan yang dimuat naik sebelum ini.

Sementara Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi mengesahkan penahanan pemuda itu dan kini di bawah siasatan IPD PJ.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan malam ini  juga mengesahkan tangkapan JSJ IPD Kajang ke atas seorang lelaki Cina berusia 24 tahun.

Dia ditahan atas kesalahan menganggu tugas polis yang terlibat serbuan kes bersabit siasatan kes bawah Seksyen (4(1) Akta Hasutan dengan membuat rakaman video dan menyiarkan melalui facebook live.

“Setelah amaran diberi dan tidak diendahkan , pihak polis telah tangkap dan rampas telefon bimbit daripada lelaki Cina tersebut kerana kesalahan menghalang tugas penjawat awam di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk tindakan dan siasatan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan itu sambil menjelaskan beliau belum mempunyai maklumat sama ada yang ditahan adalah bekas presiden UMANY.

Pada 5 Oktober lalu, Weng Qin bersama Naib Presidennya hadir ke Balai Polis Kajang  jam 2 petang bersama peguamnya dan dirakam keterangan selama 2 jam 30 minit berkaitan kes mencabar kuasa YDPA di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebanyak 43 laporan polis dibuat terhadap pemuda itu dan UMANY di seluruh negara sebagai mendesak polis menyiasat dan bertindak tegas ke atas kebiadaban mereka.-MalaysiaGazette

Cabar kuasa YDPA: Presiden UMANY dirakam keterangan lebih 2 jam

4 Komen

  1. Hapuskan anasir pro komunis dan pejuang republik di negara kita bagi kesejahteraan semua masyarakat dan negara

  2. Well done PDRM. These students should be treated just like any suspected criminals. I do not know why UM allow such a society to exist. Why the university allow these students to continue and blinded by their provocations? Do not be a coward, take appropriate action on them.

Comments are closed.