OKU
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menzahirkan rasa kecewa atas ketidakpedulian Kementerian Kewangan terhadap golongan mahasiswa dalam Belanjawan 2021.

Ini kerana tiada sebarang insentif mahupun bantuan khas buat mahasiswa daripada keseluruhan peruntukan RM14.4 billion kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Presiden PKPIM, Ahmad Farhan Rosli berkata, dalam suasana sukar mahasiswa berhadapan wabak Covid-19, kerajaan wajar menimbang untuk menyediakan bantuan one-off bernilai RM300 melalui Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT-Kad Siswa) yang dihentikan pada 2020.

Berdasarkan rekod lalu, peruntukan bantuan BPPT telah dikurangkan dengan suatu jumlah yang sangat besar iaitu sebanyak RM300 juta pada 2018 kepada RM120 juta pada 2019 dan sangat mendukacitakan apabila tiada langsung peruntukan sedemikian untuk tahun 2020 dan 2021.

”PKPIM turut mempersoalkan pengurangan peruntukan Biasiswa Pendidikan Tinggi dalam belanjawan kali ini daripada RM170,000,000 pada 2020 kepada RM161,500,000 pada 2021.

”Ini bakal menimbulkan keresahan dan kesulitan mahasiswa yang genting dalam situasi ekonomi yang tidak menentu kini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, PKPIM mengharapkan agar belanjawan ini disemak semula bagi memastikan hak, keperluan dan kebajikan mahasiswa tidak dipinggirkan dalam keadaan majoriti daripada golongan ini berhadapan dengan masalah ekonomi yang sangat meruncingkan. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Satu lg…berbanding inisiatif kerajaan menyediakan laptop melalui dana GLC diuruskan oleh Yayasan Hasanah kepada pelajar-pelajar sekolah, tiada bantuan yg sama kepada siswa. Sebaliknya mahasiswa ditawarkan loan@hutang melalui BSN utk membeli laptop. Dalam keadaan Covic skrg dan pelajar IPT bergantung kpd kelas online, bajet ini amatlah mengecewakan. Ramai mahasiswa yg datang dari keluarga B40 tidak mampu tetapi sekarang digalakkan berhutang! Mereka adalah pelajar dan tiada pendapatan. Kenapa dibezakan pelajar sekolah dengan pelajar IPT? Seharusnya bantuan laptop itu diberikan kepada semua pelajar yg tidak mampu! Apakah kerana Menteri KPT dari UMNO dan Menteri KPM dari Bersatu, maka pelajar IPT menjadi mangsa diskriminasi politik??

  2. ya bukan semua pelajar /siswa datang daripada keluarga senang seperti ahli politik, jutawan atau hartawan.
    Ini semua salah setengah siswa yg lebih politik sehingga perjuangan memastikan siswa terbela dari segi kebajikan serta ekonomi yg kuat .jika ada setengah siswa terikut-ikut macam ahli politik tak bergaji tiada faedah .

    Harap persatuan pelajar jangan terikut-ikut budaya ahli politik yg tidak untungkan diri.Biar mereka kerana mereka berpolitik dibayar. Abis belajar pi berpolitik walaupun kau jadi penggangur terhormat.

Comments are closed.