TERKINI : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Tidak Gagal – Dr Noor Hisham

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Semenanjung Malaysia bermula Isnin ini selama empat minggu kecuali, di Perlis, Pahang dan Kelantan bukan membuktikan kegagalan PKPB di Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana kadar kebolehjangkitan atau R naught (R0) berjaya dikurangkan sejak tempoh dua minggu ini kepada 1.0 berbanding 2.2 pada awal permulaan gelombang ketiga.