Presiden Persatuan New Youth Universiti Malaya (UMANY), Yap Wen Qing bercakap kes didakwa mencabar kuasa Yang diPertuan Agong Oktober lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. foto SYAFIQ AMBAK, 09 NOVEMBER 2020.

KAJANG – Seramai enam Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengenai kenyataan presidennya, Yap Wei Qin yang didakwa mencabar kuasa Yang DiPertuan Agong (YDPA).

Wei Qin mendakwa, tindakan polis memanggil AJK persatuan itu adalah menyalahguna kuasa dengan mengandaikan keterangan yang diberi beliau dan naib presidennya pada 5 November lalu sudah memadai.

“Sebelum keterangan kami diambil, polis memaklumkan hanya beberapa ahi jawatankuasa akan dipanggil tapi ramai AJK termasuk mereka.

“Tanpa jangka polis datang ke rumah presiden Sabtu lalu dan cuba nak masuk ke dalam rumah tanpa sebarang alasan jelas dan munasabah.

“Sebagai langkah keselamatan, bekas presiden Wong Yan Ke merakam kehadiran polis tapi polis ‘sengaja’ menahan dia yang mana mereka (polis) dilengkapi dengan senjata api sebelum dan merampas komputer riba dan juga telefon bimbit untuk membantu siasatan,” katanya sebelum memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang hari ini.

Kelmarin, Yan Ke ditahan polis semasa serbuan dan pemeriksaan di rumah Weng Qin atas kesalahan menghalang tugas polis ketika mahu melakukan pemeriksaan.

Polis telah pergi ke rumah Wei Qin di Petaling Jaya untuk melakukan pemeriksaan berkaitan siasatan kes mencabar kuasa YDPA agar tidak mencampuri hal ehwal negara.

Wei Qin berkata, polis sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tanpa menggunakan kekerasan kepada masyarakat awam.

Menurutnya, beliau kecewa polis merampas barangan mereka walaupun keterangan sudah diberi sebelum ini.

“Bagaimanapun polis sengaja  memanggil AJK lain untuk membantu siasatan walaupun mereka tahu ia tidak selesa kepada pelajar yang perlu datang ke sini semasa PKP ketika ini dan tindakan ini tidak wajar kerana mereka (polis) sepatutnya melindungi hak dan keselamatan orang.

“Kini polis menjadi orang suruhan dan menggunakan penguatkuasaan agak melampau terhadap UMANY dan pelajar sehingga halang kekebasan bersuara.

“Kami merakamkan penghargaan kepada awam dan organisasi yang memberi solidariti kepada UMANY terhadap penyalahgunaan kuasa dalam kalangan polis.

“Dalam keadaan ini UMANY mendesak awam bersuara secara berani dan mengecam tindakan polis menggunakan kuasa melampau, dan memerhatikan cara pengendalian polis,” katanya.

Kesemua AJK UMANY dikeluarkan perintah hadir di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah dan keterangan dirakam di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu sumber polis mengesahkan enam daripada tujuh individu yang diminta tampil hari ini telah selesai dirakam keterangan tengahari tadi dan tiada sebarang rampasan dilakukan.

“Enam sudah diambil keterangan di sini (IPD Kajang) manakala seorang lagi akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang),” kata sumber itu secara ringkas.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Halang tugas polis, bekas Presiden UMANY ditahan

Cabar kuasa YDPA: Presiden UMANY dirakam keterangan lebih 2 jam

1 Komen

  1. Yang ini kami setuju pihak PDRM bertegas kepada penghasut ..
    Selama ini mereka pelbagai masej yg mereka keluarkan sehingga menguris hati kita .

Comments are closed.