Presiden Amerika Syarikat (AS). Joe Biden. foto agensi

BEIJING – China dan Rusia menangguhkan untuk menzahirkan ucapan tahniah kepada Joe Biden, Preseiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu dipilih.

Beijing berkata, China akan mengikuti kebiasaannya dan Kremlin pula berkata, Donald Trump masih menunggu keputusan rasmi susulan tindakan beliau mencabar keputusan pilihan raya itu.

Biden dari Demokrat telah mendapat cukup undi untuk memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Beliau sudah merancang untuk mengambil alih jawatan itu pada 20 Januari tahun depan.

Namun, Trump tidak mengiktiraf keputusan itu dan merancang untuk mengadakan perarakan bagi mendapatkan sokongan bagi mencabar proses pilihan raya.

Beberapa sekutu besar dan rapat AS di Eropah, Timur Tengah dan Asia sudah pun menzahirkan ucapan tahniah.

Ia termasuk juga Israel dan Arab Saudi.

Canselor Jerman, Angela Merkel meminta Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat untuk bekerja “bersama-sama”, mengangkat Biden sebagai pemimpin berpengalaman yang mengenali Jerman dan Eropah dengan baik dan menekankan nilai dan kepentingan bersama sekutu NATO.

Manakala Beijing dan Moscow berhati-hati.

“Kami menyedari Biden telah memenangi pilihan raya. Kami memahami bahawa keputusan pemilihan presiden AS ini akan ditentukan mengikut undang-undang dan prosedur AS,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada taklimat media.

Pada tahun 2016, Presiden China Xi Jinping mengirimkan ucapan tahniah kepada Trump pada 9 November, sehari selepas pilihan raya. – MalaysiaGazette