Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menafikan laporan mendakwa dirinya mewakili kerajaan telah meluluskan dua tuntutan Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Belanjawan 2021.

Kedua-dia tuntutan BN itu ialah kebenaran pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium secara menyeluruh.

“Berhubung dengan kenyataan media pula bahawa saya telah meluluskan permohonan itu adalah tidak benar.

“Saya tidak boleh meluluskan apa-apa polisi atau projek bagi pihak kerajaan kerana saya bukan menteri mahupun sebahagian daripada anggota Kabinet.

“Jadinya, bagaimanakah pemberita boleh mengatakan saya telah meluluskan pelanjutan tempoh moratorium dan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP? Saya menafikannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Shahidan yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Backbenchers itu tidak menyatakan laporan daripada media mana yang menyiarkan kenyataannya sebelum itu.

Dalam pada itu, beliau mengulangi pendirian ahli-ahli Parlimen PN yang mahu pertimbangan sewajarnya untuk pengeluaran RM10, 000 daripada Akaun 1 KWSP dan pelanjutan tempoh moratorium sehingga tahun depan.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Disaat2 sukar, dibuang kerja, mereka yang berumur lebih 50 tahun yang punyai dana mencukupi untuk membuat bayaran rumah “full settlement” eloklah diberi kebenaran! Lebih elok dari rumah dirampas dan dilelong oleh pihak bank!

    Ia juga dapat membantu menjana ekonomi!

    Simpan lebih2 pun buat apa, dividen ciput? Zaman Atok lagi terok 22 tahun ciput?

Comments are closed.