Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA – “Saya tidak takut untuk mati.”

Itu respon Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang mempersoalkan sama ada Ketua Pengarah Kesihatan takut mati kerana pandemik sampai tidak pernah pergi ke Sabah dalam menangani penularan Covid-19.

Noor Hisham bagaimanapun dengan tenang menjawab beliau dan pasukan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)  tidak takut untuk mati dan menerima kematian.

“KKM telah membuat perancangan khusus untuk negeri Sabah dan saya sendiri pun telah turun ke lapangan pada akhir Ogos lalu melihat sendiri situasi dan pengurusan kes Covid-19 serta kesiapsiagaan kita hadapi PRN Sabah dan Timbalan saya, Dr. Chong Chee Keong turut bersama dua minggu lepas dan Dr. Jamilah juga untuk melihat pengurusan kes dan isu yang timbul.

“Jadi, tidak timbul isu kita takut mati..kalau kita lihat, sebagai Islam kita terima kematian itu di mana-mana ia akan berlaku, bukan hanya turun padang atau tidak.

“Apa yang penting ialah kita pasangkan niat kita untuk melaksanakan tugas kita dan niat kita ialah memutuskan rantaian Covid-19 di negara ini.

“Jadi, kita boleh berselisih pendapat tetapi yang pasti apa yang kta laksanakan ialah untuk melandaikan keluk Covid-19 supaya kita boleh selamatkan negara dari kenaikan kes dan kadar kematian,” katanya semasa sidang media hari ini.

King Sing di Dewan Rakyat hari ini membangkitkan mengenai prestasi KKM berkaitan Covid-19 dan mendakwa Noor Hisham gagal kerana didakwa tidak pernah ke Sabah untuk memberi sokongan moral kepada barisan hadapan di negeri itu.

Dia turut meminta penjelasan kenapa Noor Hisham tidak melawat Sabah apakah disebabkan takut mati.

Kenyataan pemimpin politik Sabah itu bagaimanapun menerima kritikan daripada orang ramai yang beranggapan King Sing tidak wajar mengeluarkan kenyataan merendahkan komitmen Noor Hisham.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

“DG takut mati” MP Bintulu cetus kemarahan RSN Rayer sehingga diarah keluar

 

4 Komen

  1. Puak-puak ahli politik yang langgar SOP, rakyat dan KKM pula yang kena tanggung dan terima bahana. Ahli politik boleh lah kehulu ke hilir jalan-jalan sambut birthday. Rakyat nak gi melawat orang mati teman anak atau bini kat hospital pun tak boleh.

  2. Satu dunia recognised DG KKM tanpa mengira bangsa dan warganegara …. Nampak sangat DApigs anti DG Melayu…. Dan sentiasa racist…

  3. Saya cadangkan “wakil rakyat” yang kononnya tak takut mati itu duduk di kerusi Dr Noor Hisham. Tak payah lama, sehari pun cukup. Kita tgk kalau dia betul2 tak takut mati…

  4. Dizaman teknologi dikatakan pembedahan pun dah boleh dibuat jarak jauh!

    Apalah sangat nak govern bende2 administrative, logistic, strategic ini dari jauh, takde keperluan pun DG nak turun Sabah. Dah berlambak pun doktor2 pakar disana.

    Agaknya yang takut MATI tu adalah MP sengal tu?

Comments are closed.