SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (AMANAH) Selangor mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar keluar dari parti itu.
Setiausahanya, Kamarul Hisham Yeop Hashim berkata, ADUN berkenaan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“AMANAH Selangor memaklumkan Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, ADUN Meru telah keluar dari parti AMANAH untuk menyertai PKR.
“Oleh itu, semua jawatan parti yang disandang beliau terbatal serta merta,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Kata beliau, parti AMANAH Selangor mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Mohd Fakhrulrazi sepanjang terlibat dengan parti itu selama ini. – MalaysiaGazette

















Sepatutnya dia tunggu sikit masa lagi kerana PAN lebih sesuai menyertai DAP
elok la drpd join PASik balaci mca mic puihhh
ala…apa nak kecoh, pusing pusing situ jugak, satu kapal berlainan nakhoda je.