Rabih Ataya (tengah). Foto Facebook FAM.

KUALA LUMPUR – Pasukan Kedah dikhabarkan semakin hampir untuk menyelesaikan perpindahan empat pemain bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Empat pemain itu adalah dua pemain Selangor iaitu Syazwan Zainon dan Rodney Celvin serta pemain pertahanan Felda United, Ariff Farhan dan pemain tengah UiTM FC, Rabih Ataya.

Syazwan menyertai Selangor manakala Ariff menyertai PKNS FC dan kemudiannya Felda United pada 2020.

Kemasukan empat pemain ini dilihat sebagai langkah Kedah untuk mengukuhkan pasukan kerana mereka akan beraksi di pentas Asia iaitu Piala AFC pada musim hadapan.

Selain semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan empat pemain di atas, skuad bimbingan Aidil Sharin itu turut dikhabarkan bakal mengekalkan trio pemain import bagi saingan musim 2021.

Tiga pemain import tersebut ialah duo serangan, Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan pemain pertahanan, Renan Alves. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast