Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan penajaan mega bersama syarikat pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG  menjelang kempen 2021.

SWAG adalah sebahagian daripada tambahan senarai usahasama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Nike dan Hublot.

Menerusi Facebook Rasmi Johor Southern Tigers, ada dua lagi penajaan antarabangsa yang akan diumumkan pada masa yang terdekat.

Langkah itu juga adalah sebahagian daripada sasaran JDT untuk menjadi kelab bernilai RM1 billion pada pertengahan tahun depan seperti mana yang diumumkan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Mahkota Johor itu sebelum ini mendedahkan terdapat empat buah syarikat antarabangsa telah menyatakan minat mereka untuk menguruskan aktiviti komersial di Stadium Sultan Ibrahim.
Syarikat tersebut bukan sahaja akan menguruskan Stadium Sultan Ibrahim tetapi turut akan menjadi penaja rasmi pasukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast