TERKINI : PKPD Asrama Top Glove : Pekerja Masih Bekerja Seperti Biasa

KLANG – Kira-kira 13,190 pekerja kelihatan masih boleh bekerja seperti biasa di syarikat pengeluar sarung tangan Top Glove meskipun asrama pekerjanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa, hari ini.

Tinjauan MalaysiaGazette di sekitar penginapan pekerja Top Glove yang terletak di Meru, hari ini mendapati operator pengeluaran sarung getah itu masih boleh keluar dan masuk dari asrama pekerja yang terletak kira-kira 500 meter dari kilang terbabit.