Hotel Bajet Pengasingan Covid-19 Berhampiran The Mines, Tetap Beroperasi | EDISI MG 2PM

Pengasas Country Heights Holdings Berhad, Tan Sri Lee Kim Yew mendedahkan bahawa sebanyak 163 pekerja asing yang menghuni di sebuah hotel bajet berhampiran pusat beli-belah The Mines di Serdang, Selangor telah didapati terjangkit COVID-19.

Beliau menerima maklumat pada Sabtu bahawa sebanyak 200 orang pekerja asing dari sebuah kilang di Klang yang merupakan zon merah telah dihantar ke hotel bajet itu untuk pengasingan.