Pasukan kebangsaan Korea Selatan.

KUALA LUMPUR – Skuad kebangsaan Korea Selatan terus berdepan dengan kebimbangan serius selepas seorang pemain dan pegawai mereka disahkan positif Covid-19.

Pasukan itu baru sahaja mencatatkan kemenangan keatas Qatar 2-1 dalam perlawanan antarabangsa di mana penjaring gol pertama iaitu Hwang Hee-chan pula disahkan positif pandemik itu apabila menerima keputusan ujian yang dijalankan selepas perlawanan itu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan seramai 10 individu termasuk pemain dan pegawai pasukan kebangsaan Korea Selatan dijangkiti Covid-19 dalam tempoh lima hari bermula kes positif pertama dikesan.

Minggu lalu, empat orang pemain dan seorang pegawai pasukan diuji positif dan ujian seterusnya selepas itu turut mencatatkan dua lagi pemain serta seorang pegawai pasukan positif Covid-19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast