Anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memecah dinding sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran pada Operasi Tegas Banteras Aktiviti Haram (TEBAH) di sekitar Kepong, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Entah di mana silapnya, perancangan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyerbu tiga premis yang didakwa terlibat kegiatan haram atas nama pusat urut di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong hari ini menemui kegagalan.

Pengusaha premis berkenaan nampaknya berjaya ‘menghidu’ kehadiran mereka dan berjaya meloloskan diri bersama tukang urut dan pelayan seks di tiga premis terbabit petang tadi.

Para pegawai penguat kuasa DBKL yang terlibat dalam serbuan Ops Tebah bagi membasmi kegiatan haram di ibu negara itu turut mendapat kerjasama polis dan Jabatan Imigresen.

Mereka telah turun menyerbu ketiga-tiga premis haram berkenaan yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah dan menjalankan kegiatan tidak bermoral dalam Ops Tebah mulai jam 4 petang hingga sekitar 8.30 malam tadi.

Ketika tiba di premis pertama di sebuah kondominium mewah di Metro Prima Barat, pintu besi tingkat bawah yang mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kehadiran individu atau pihak berkuasa.

Dua anggota penguat kuasa DBKL cuba mengumpil mangga kunci selama 10 minit sebelum mereka terpaksa menggunakan mesin pemotong besi sebelum melakukan serbuan.

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika memecah masuk sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran pada Operasi Tegas Banteras Aktiviti Haram (TEBAH) di sekitar Kepong, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2020.

Malangnya serbuan di premis pertama mendapati semua individu di dalamnya telah melarikan diri walaupun lampu masih menyala dan pendingin hawa di lebih 10 bilik dalam premis itu masih tidak ditutup.

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran pada Operasi Tegas Banteras Aktiviti Haram (TEBAH) di sekitar Kepong, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2020.

Situasi sama berlaku di premis kedua di belakang lokasi serbuan premis pertama tetapi seorang lelaki tempatan disyaki penjaga pusat urut itu dijumpai di kaunter bayaran sebelum diperiksa penguat kuasa.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan pemeriksaan sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran pada Operasi Tegas Banteras Aktiviti Haram (TEBAH) di sekitar Kepong, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2020.

Pemeriksaan mendapati lebih 10 bilik dilengkapi katil dan bilik mandi selain pakaian pekerja wanita digantung di dinding bilik namun mereka dipercayai berjaya meloloskan diri selepas menghidu kehadiran penguat kuasa.

Ternyata mereka mempunyai laluan rahsia bagi menyelamatkan diri.

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan pemeriksaan sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran pada Operasi Tegas Banteras Aktiviti Haram (TEBAH) di sekitar Kepong, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 19 NOVEMBER 2020.

Pasukan itu seterus bergerak ke premis ketiga yang terletak di hadapan Jalan Utama di hadapan stesen MRT yang sedang dalam pembinaan.

Malangnya serbuan di situ juga gagal gagal apabila premis berkenaan dalam keadaan gelap dengan fius utamanya di dalam peti elektrik di tingkat bawah telah dicabut.

Operasi di premis-premis yang diserbu hari ini bagaimanapun telah menjumpai sebilangan besar kondom dan barang lain dalam bungkusan yang dipercayai untuk tujuan kegiatan tidak bermoral.

Turut ditemui alak kosmetik dan sejumlah besar kasut wanita disyaki milik penyedia khidmat urut badan yang bekerja di premis-premis kegiatan haram yang sama.

Para penguat kuasa yang membawa tukul besar memecahkan dinding bilik di premis-premis berkenaan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan tidak bermoral itu manakala alat CCTV yang dipasang ketiga-tiga premis turut dicabut.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Perniagaan PELACURAN pada asalnya bukanlah suatu budaya asal orang Malaysia sebelum ianya dibawa oleh kaum2 pendatang!

    Jom sama2 bebaskan Malaysia dari aktiviti pemerdagangan manusia yang tidak berMORAL ini!

Comments are closed.