Najib Razak

KUALA LUPUR – Sama ada pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik dan pukal dibenarkan atau tidak, semuanya terpulang kepada Kerajaan Persekutuan.

Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau sudah berbahas dalam Parlimen dan membuat beberapa posting dalam Facebook untuk menjelaskan secara terperinci berhubung dua keperluan rakyat ini.

Malah, katanya, beliau telah bertemu dan berbincang satu dengan satu dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada awal minggu ini untuk menyampaikan hasrat rakyat dan menggariskan langkah-langkah bagaimana kedua-dua kehendak ini boleh dilaksanakan tanpa memberi impak besar kepada simpanan masa tua pencarum, bank-bank, bajet atau kewangan kerajaan dan kenapa ia mampu menyelamatkan ekonomi negara.

Tambahnya, seperti didedahkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam perbahasannya semalam, Menteri Kewangan juga telah berdialog dengan pengurusan KWSP pada hari Rabu agar beberapa pengubahsuain boleh dilakukan supaya ia tidak lagi bersyarat dan tersalah sasar.

”Secara jujur, BN telah menggunakan segala saluran sedia ada untuk menegaskan kenapa kedua-dua keperluan ini perlu ditambah baik dan dilaksanakan dengan serta-merta seiring dengan hasrat rakyat.

”Soal nak buat atau tidak kini berada dalam tangan pemimpin tertinggi kerajaan PN maka terpulanglah kepada mereka.

”Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih,” kata Najib. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.