enyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha,

LONDON – Penyerang Crystal Palace, Wilfried Zaha pula dikesan positif ujian Covid-19.

Kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan sebagai mengesahkan laporan itu berkata, pemain berusia 28 tahun itu kini menunggu ujian saringan kedua sebelum tindakan selanjutnya.

Zaha tidak beraksi dalam aksi kalah kepada Burnley semalam.

“Zaha tidak jatuh sakit tetapi malangnya dia diuji positif Covid-19 dan sedang mengikuti prosedur kesihatan sementara menunggu ujian saringan kedua kelak,” kata kenyataan rasmi kelab itu.

Zaha setakat ini menjaringkan lima gol untuk kelab itu sejak awal musim ini.

Sementara itu, EPL melaporkan terdapat lapan kes positif baharu daripada ujian saringan terhadap 1,530 pemain dan kakitangan kelab antara 16 hingga 22 November ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast