Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mohamad mendedahkan sudah ada cubaan supaya dirinya berbaik-baik semula dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun Mahathir masih tidak mahu bekerjasama kerana berpendapat ada beberapa perkara tidak kena termasuk soal kerjasama dengan pemimpin UMNO yang didapati bersalah di mahkamah.

“(Cubaan untuk memujuk) Dah dibuat dah, tetapi saya kata biar kena syaratlah. Saya masuk saja tak jadi apa. Mereka nak tonjolkan saya sebagai menyertai mereka, itu bukan caranya. Saya dapati banyak yang tak kena.

“Saya dapati gabungan itu terdapat UMNO, dengan semua enam orang penjenayah semua tu. Jadi saya tak mahulah dapat sokongan daripada enam orang ini kita harus ingat kalau menang pun, enam orang ni, kalau dia pergi ke tempat lain jatuh juga kerajaan,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersiaran di Astro AWANI malam ini.

Menurut Mahathir, sekiranya usaha berbaik dengan Muhyiddin hanya menonjolkan sokongannya, ia bukan cara yang betul.

“Saya dapati gabungan itu terdapat UMNO, dengan semua enam orang penjenayah semua tu. Jadi saya tak mahulah dapat sokongan daripada enam orang ini kita harus ingat kalau menang pun, enam orang ni, kalau dia pergi ke tempat lain jatuh juga kerajaan,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Mahathir berpendapat, kerajaan Perikatan Nasional terlalu lemah dan tidak boleh menjalankan tugas dengan berkesan kerana sokongan ahli-ahli Parlimen.

“Kerajaan ini terlalu lemah. Ia mempunyai kelebihan cuma satu orang, dua orang sahaja . Jadi apabila kita lemah, kita tak boleh nak jalankan tugas dengan sempurna dengan jaya.

“Dulu masa saya jadi Perdana Menteri dulu saya punyai dua pertiga di belakang saya. Ini cuma dua orang saja. Satu orang senak perut, jatuh. Dua orang sakit perut, habis,” ujarnya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. This time around, Malaysians should be smart enough not to believe in this old man. Malaysia and Malaysians cannot move forward and become a great nation because of this man. All the blunders he has done in Forex trading (35 Billion) and other failed projects have caused this country billions of ringgit. Why is he still asking for the power to be given to him again for the 3rd time? If he is smart, he should be preparing to meet God on the other side of life (akhirat). We were fooled and cheated by this old man in 2018 and if we want to be cheated again for the 3rd time then I would call all of us people who failed to exercise their God-given intellect to think.

Comments are closed.