Berbincang..Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anaknya, Noorashman Najib (kanan) melayan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berkunjung ke kediaman beliau hari ini. Foto: FB Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengunjungi kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang pelbagai isu semasa.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, sebagai seseorang yang berpegang teguh kepada prinsip bipartisan beliau percaya perbincangan untuk demi kepentingan negara itu perlu dibudayakan.

“Saya dan MUDA percaya perbincangan dengan Ahli Dewan Rakyat dari mana-mana parti adalah sebahagian daripada tugas politik.

“Ketepikan ego politik dan cari jalan terbaik untuk negara,” katanya dalam hantaran di Instagram hari ini.

Kunjungan Syed Saddiq itu bagaimanapun mendapat kritikan warga net kerana sebelum ini beliau dikatakan antara ahli politik yang lantang menggelarkan Najib sebagai kleptokrat.

Manakala bagi kumpulan yang tidak menyokong bekas Perdana Menteri itu pula mempertikaikan niatnya untuk mendapatkan pandangan daripada seseorang yang dituduh melakukan rasuah dan mempunyai kes di mahkamah.

Di Facebook Najib pula, Ahli Parlimen Pekan itu tidak menceritakan secara terperinci mengenai pertemuan beliau bersama Syed Saddiq yang turut disertai oleh anaknya Noorashman Najib.

“Ada tetamu datang rumah hari ini

“Bertukar pandangan.

“Bincang dan Nasihat,” katanya ringkas.

– MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. bagus syeid shadek. dalam perjalanan hidup kita perlu melalui jalan berliku dan berbagai becah dan parit. dengan itu kita dapat penilaian dan perhitungan yang global. bagaimana itu dan ini kita dapat bezakan. runcing dan racun tersembunyi kita dapat kesannya.

Comments are closed.