PLKN
Gambar hiasan.

CADANGAN kerajaan untuk mewujudkan kembali program latihan khidmat negara (PLKN) merupakan satu cadangan yang wajar disokong. Ini mengambil kira kandungan isi program yang diterapkan dalam latihan khidmat negara dapat menyemai sifat patriotik dalam kalangan anak muda sekarang.

Cadangan ini memperlihatkan betapa kerajaan mengambil berat isu belia sekarang yang seakan tidak menghayati perlembagaan negara termasuklah jika ditanya rukun negara juga tidak dapat dijawab dengan lancar.

Meskipun terdapat segelintir Ahli Parlimen yang seolah-olah menentang dan tidak setuju dengan cadangan tersebut namun adakala mereka perlu berfikir dengan mengambil kira secara keseluruhan impak program PLKN terhadap belia.

Jika nak dibandingkan antara program PLKN dengan program Malaysia future leader school (MLFS) seperti yang diasaskan oleh ahli parlimen Muar ianya amat jauh sekali umpama langit dan bumi. Ini kerana saya berani mengatakan 80% produk yang lahir dari PLKN semuanya pasti akan mohon untuk kemasukan pasukan keselamatan antaranya di sektor Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Rela dan lain lagi. Ini belum diambil kira 10% dari bekas pelatih PLKN yang bersemangat untuk menjadi pemimpin negara.

Saya menafikan sepenuhnya kenyataan Ahli Parlimen Muar yang bertindak merombak program PLKN atas kerana terdapat unsur politik dalam program. Ini kerana saya juga merupakan bekas pelatih khidmat negara. Tiada satu pun dalam program yang diajar di dalam PLKN boleh mengaitkan dengan unsur politik  kecuali patriotik. Tidak cukup dengan Pakatan Harapan yang menyebarkan kempen fitnah ketika PRU14. Ini juga adalah salah satu fitnah besar dengan memansuhkan program PLKN konon terdapat unsur politik tetapi sebenarnya ahli parlimen muar nak tunjukkan kepada umum bahawa beliau juga mempunyai resipi yang lebih baik untuk melahirkan anak muda yang bersifat patriotik.

Tetapi sayangnya beliau sebenarnya telah menganiaya kakitangan PLKN dan juga penganiayaan kepada golongan muda apabila memansuhkan program tersebut, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pengangguran dalam kalangan kakitangan PLKN. Beliau sama sekali tidak layak untuk diangkat sebagai ikon pemimpin golongan belia. Ini belum lagi ditambah dengan jumlah senarai muflis dalam kalangan bekas kakitangan PLKN yang hilang sumber pendapatan sekelip mata. Saya dimaklumkan bahawa apabila PLKN dimansuhkan, nasib bekas kakitangan PLKN langsung tidak dibela dan saya musykil apabila beliau membuat keputusan untuk memansuhkan program yang dibawah seliaan kementerian pertahanan. Pada waktu Ahli Parlimen Muar menjadi Menteri Belia dan Sukan, PLKN masih berada di bawah Kementerian Pertahanan dan sentiasa di bawah kementerian ini namun bagaimana beliau boleh membuat keputusan bagi pihak kementerian lain.

Tidak perlu timbul isu kos tinggi kalau program yang menelan kos tinggi tapi dapat pulangan hasil yang baik. Jika nak diambil kira dengan program khidmat negara negara Korea, mereka perlu berada dalam latihan selama 2 tahun berbanding di Malaysia hanya 3 bulan dan PLKN dapat mengisi waktu terluang pelajar lepasan SPM kerana program khidmat Negara ini dijalankan bagi mereka yang berusia 18 tahun.Jika nak ulas mengenai kebaikan PLKN, saya percaya kesemua bekas pelatih khidmat negara akan menggambarkan persepsi positif sepenuhnya.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda Ikatan Perak (DPIP) menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk mewujudkan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tetapi dengan syarat program ini sebaiknya dijalankan selepas negara pulih dari pandemik covid-19. DPIP juga ingin mengajak seluruh rakyat negara agar terus mematuhi SOP dan kami sentiasa mendoakan agar wabak ini segera hilang dari negara kita. Jangan sesekali patah semangat untuk menggapai kehidupan yang normal seperti sediakala.

Mohammad Amirul Saharuddin
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Perak