Bryan See (kiri) dan Samuel Somerville.

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu Liga Super, pasukan Pulau Pinang telah melengkapkan slot penjaga gol bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Skuad Harimau Kumbang itu berjaya mendapatkan khidmat dua penjaga gol baharu iaitu Bryan See Tian Kiat dari PDRM dan juga Shafiq Afifi dari Perak II dan mengekalkan Samuel Somerville sebagai penjaga gol utama.

Sepanjang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim lalu, Somerville menjadi pilihan utama untuk menjaga gawang pasukan apabila menampilkan prestasi yang baik apabila hanya dibolosi sebanyak 8 gol serta merekodkan 3 clean sheets sepanjang musim.

Namun beraksi di Liga Super,  dua lagi penjaga gol berkualiti diperlukan bagi memberikan saingan kepada Somerville bagu memastikan posisi tersebut diisi oleh pemain berpengalaman.

Meskipun tidak berjaya membantu PDRM kekal dalam saingan Liga Super, namun Bryan menjadi antara pemain terbaik skuad The Cops.

Penjaga gol berusia 27 tahun ini juga mempunyai pengalaman luas beraksi dalam Liga Malaysia apabila pernah beraksi bersama PKNP FC yang kini dikenali sebagai Perak II. – MalaysiaGazette