TERKINI : KDN Pertimbang Senjata dan Pertahanan PDRM Khususnya Pasukan Gerakan Am

Kerajaan sedia mempertimbangkan keperluan untuk meningkatkan keupayaan persenjataan dan pertahanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam melaksanakan tugas di sempadan negara.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin, bagaimanapun ia bergantung keupayaan kewangan kerajaan dan kedudukan ekonomi semasa.