Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – DAP perlu pertimbangkan untuk berpisah dengan PKR ekoran sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan meminta maaf secara terbuka kerana gagal sepakat melakukan undi belah bahagi terhadap Belanjawan 2021.

Setiausaha DAPSY, Eric Teh Hoong Keat berkata, selepas berpisah dengan PKR, DAP perlu menyusun semula pasukan pembangkang dan menjadikannya lebih berkesan.

Menurutnya, Anwar telah mengakui beliau memberi arahan supaya DAP dan PKR agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

“Jadi, beliau perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya atas kesilapan beliau dan meminta maaf terhadap penyokong Pakatan Harapan (PH).

“Sekiranya Anwar masih menegaskan bahawa penilaiannya adalah betul dan tepat, maka pemimpin pusat DAP harus berpisah dengan PKR, tidak lagi bersekutu dengan PKR, biarlah PH dibubarkan dan menjalinkan hubungan kerjasama yang paling minimum dengan parti-parti pembangkang yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Eric menolak penjelasan Anwar yang pembangkang akan memastikan undi belah bahagi di peringkat jawatankuasa belanjawan.

“Penjelasan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab sekali. Bacaan kedua (peringkat dasar) merupakan peringkat di mana ahli Parlimen menyatakan pendirian mereka berdasarkan prinsip-prinsip.

“Sekiranya belanjawan ditolak di bacaan kedua, maka bacaan ketiga kehilangan keperluannya.

“Pemimpin PH telah mengelakkan undi belah bahagi di peringkat bacaan kedua, bagaimanakah kita mampu menyakinkan penyokong bahawa kita akan memandang serius dalam peringkat yang seterusnya?” soalnya.

Beliau turut menyifatkan kegagalan untuk meneruskan undi belah bahagi sebagai saat yang paling memalukan dalam sejarah perjuangan DAP di Parlimen sejak penubuhan parti itu.

Sementara itu, di media sosial, ramai pimpinan dan penyokong PH terutama DAP menyelar sikap pimpinan parti masing-masing dan Anwar kerana gagal melakukan undi belah bahagi.

Walaupun pemimpinnya, Anthony Loke telah membuat penjelasan kenapa tindakan itu dilakukan namun ia tidak dapat memuaskan hati para penyokongnya.- MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Yang TEPAT SEMUA BERPISAH DAN TIADA IKATAN dengan DAPIGS dan sekutu utamanya PanKhianat.serta yang GILA KUASA tanpa memikirkan masalah negara dan rakyat….muktamad….saya ulang..saya ulang..saya ulang

  2. bagus juga ph dibubar kan. alang2 dah jatuh biarlah ia hancur lebur. bina pakatan baru dengan sop baru syarat ketat. dari pengalaman dahulu boleh jadikan panduan dan tauladan. atas dasar ph lama boleh bina asas baru dengan sedikit perubahan. dasar ph sudah cantik cuma ahli pakatannya tiada sop.

  3. Seperti disarankan eloklah dibubarkan segera Pakatan Hancing dengan segera kerana ia tidak menyumbang apa2 kebaikan kepada rakyat.

    Lepas ni, eloklah pula ditubuhkan PAKATAN TIPU MANIFESTO (PTM) dan kempen2 MENIPU rakyat hendaklah bermula aggrasive dari sekarang!

Comments are closed.