Foto Instagram Farahdhiya.

KUALA LUMPUR – Farahdhiya berkongsi pengalaman sepanjang 16 tahun dalam industri hiburan, baru sekali sahaja dia merasa duit royalti sebagai penyanyi.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi itu berharap haknya dan rakan-rakan seninya yang lain dapat dikembalikan.

“Alhamdulillah. Sejujurnya saya yang baru 16 tahun dalam industri hiburan ini baru sekali sahaja dapat merasa duit royalti sebagai penyanyi.

Yes, sekali sahaja dalam 16 tahun. Sila kembalikan hak-hak kami semua kepada yang berkenaan,” tulisnya.

Semalam media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap sejumlah RM30 juta royalti yang tidak dibayar kepada artis.

Sementara itu, Farahdhiya turut mendedahkan dia pernah berhubung dengan individu yang bekerja dalam syarikat yang menguruskan royalti artis namun tiada jawapan yang diterima.

“Ada jugak saya mesej bertanya kepada individu yang bekerja bersama dalam satu company yang menguruskan hal royalti artis, tetapi tidak berjawab.

“Bila nak panggil meeting untuk dapat sokongan atau isi borang pandai pula cari kita. Semoga ada penyelasaian untuk kami semua, it’s about time!,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Empat pejabat urus kutipan royalti artis diserbu SPRM