TERKINI : JPKK Desak KPM Hapuskan Sistem Kontrak Pekerja – Sivaranjani

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mendesak agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menghapuskan sistem kontrak kepada pekerja-pekerja di sekolah.

Setiausahanya Sivaranjani a/p Manikam mendakwa sistem kontrak yang digunakan selepas tahun 1996 telah menyebabkan pembaziran dan mencetuskan pelbagai masalah termasuk menjadikan pekerja-pekerja kontrak menjadi mangsa.