Nasib tidak menyelebahi anak buah Jurgen Klopp apabila dinafikan tiga mata penuh menentang Brighton dengan sekadar terikat seri 1-1 dalam aksi EPL di Stadium Amex pada Sabtu.

LONDON – Jaringan Pascal Gross dalam masa kecederaan masih gagal menurunkan kedudukan the Reds yang masih mengungguli carta liga dengan mengumpul 21 mata.

Ia merupakan sepakan penalti kedua yang dihadiahkan VAR kepada pasukan tuan rumah selepas sepakan pertama yang dihadiahkan pada separuh masa pertama gagal disempurnakan.

Pada perlawanan itu, gol Mohamed Salah dan Sadio Mane dibatalkan VAR kerana offside.

Namun Diogo Jota menebus kekecewaan itu apabila meletakkan Liverpool di hadapan pada minit-60.

Namun nasib Liverpool berubah apabila Brighton dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-92 selepas Andy Robertson menendang Danny Welbeck bagi membolehkan pasukan tuan rumah berkongsi mata.

Tottenham Hotspur yang berkunjung ke Stamford Bridge berpeluang memintas Liverpool sekiranya menang malam ini. – MalaysiaGazette