Harga beberapa produk Gardenia naik mulai 1 Dis 2020. foto Google

KUALA LUMPUR – Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. (GBKL) memaklumkan beberapa jenis roti keluaran syarikat tersebut akan mengalami kenaikan harga di antara lima hingga 20 sen bermula esok.

Katanya, produk roti seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans akan mengalami peningkatan sebanyak lima sen seunit.

Manakala produk seperti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries mengalami kenaikan harga sebanyak 20 sen seunit.

Peningkatan harga produk-produk berkenaan menurut syarikat berkenaan disebabkan oleh kenaikan harga bahan mentah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

Tambah GBKL, keputusan untuk menaikkan harga produk adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh syarikat.

“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, selain produk yang dinyatakan, tiada peningkatan harga bagi produk-produk lain keluaran syarikat berkenaan.

Sebelum ini, tular di media-media sosial senarai produk Gardenia yang mengalami kenaikan harga.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast