Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 05 FEBRUARI 2017

KUALA LUMPUR – Kelab Mahasiswa Parti Berjasa (Wibawa) mempersoalkan mengapa siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dibuat oleh Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (UMANY) mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengambil masa untuk siasatan.

Siasatan sudah berlanjutan selama sebulan namun sehingga hari ini masih lagi tiada tindakan atau perkembangan hasil kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pihak Universiti Malaya (UM).

Walhal, sudah banyak laporan polis telah pun dibuat dan pihak pengurusan UM juga telah mengeluarkan satu kenyataan untuk melakukan siasatan pada 1 November lepas, kata Wibawa.

“Mengapa isu mudah mengambil masa yang sangat lama untuk pengurusan UM selesaikan?

“Adakah sekadar permohonan maaf dan mereka telah terlepas daripada tindakan disiplin seperti tiada apa-apa yang berlaku?,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 1 November lalu, UM berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung hantaran di Facebook bertajuk ‘Yang Dipertuan Agong Tidak Sepatutnya Campur Tangan Dalam Hal Ehwal Negara’ yang dimuat naik oleh UMANY.

UM berkata, siasatan lanjut akan dijalankan dengan segera dan pengumuman berkaitan isu berkenaan akan dibuat dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Wibawa berkata, persatuan ‘tercemar’ itu masih berpotensi untuk mengulangi tindakan berunsur fitnah dan hasutan jika tidak dibubarkan oleh UM.

“Jadi, persoalan Wibawa kepada pihak pengurusan UM, apa khabar siasatan tersebut? – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast