KUALA LUMPUR- Meskipun terdapat sedikit kekangan dalam melaksanakan kesemua cadangan dalam Belanjawan 2021 namun kerajaan tidak akan berkompromi dalam menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, kelulusan peringkat dasar Belanjawan 2021 pada 26 November lalu membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat dan ahli Parlimen dalam merangka belanjawan tahunan itu.
Kelulusan itu juga katanya merupakan langkah ke arah kestabilan politik negara yang seterusnya memberikan keyakinan kepada para pelabur dan perniagaan.
“Apabila berbangkitnya pertembungan antara kepentingan-kepentingan ini (memastikan bantuan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan sampai dan dalam masa sama bertanggung jawab kepada displin fiskal), kerajaan tidak akan berkompromi dalam mengutamakan kebajikan rakyat.
“Kerajaan juga peka dalam keperluan memastikan kestabilan polisi bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang bergantung kepada bantuan kerajaan, serta kestabilan ekonomi, kewangan dan pasaran negara daripada mereka yang sangat mengharapkan agar bantuan langsung tidak terjejas pada waktu ketidaktentuan Covid-19 ini hinggalah kepada mereka yang bergantung kepada kestabilan polisi kerajaan bagi menjamin kelangsungan perniagaan, pelaburan mereka, kerjaya dan sekaligus kesejahteraan keluarga dan tanggungan mereka,” katanya dalam Laporan Laksana ke-31 hari ini. – MalaysiaGazette
I sinar dh jadi i pening i tention.. Tolong check balik sblom i angry