Hishammuddin Hussein.

KUALA LUMPUR – Malaysia meminta supaya Kesatuan Eropah menyedari bahawa salah anggap terhadap kelestarian minyak sawit di Eropah telah memberi impak negatif yang sangat besar kepada industri tersebut di Malaysia.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berkata, salah faham tersebut telah menyebabkan kehidupan lebih daripada 500,000 pekebun kecil sektor peladangan sawit terjejas.

Malah, apa yang lebih buruk, ia turut memberi kesan berganda kepada pekebun itu sendiri, keluarga dan masyarakat setempat.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Josep Borell di atas pendekatan peribadi beliau sentiasa berhubung dengan kami di ASEAN.

“Bagi Malaysia, apa yang diberi perhatian adalah perbualan konstruktif berhubung minyak sawit terutama sekali mengenai status semakan semula Peraturan Delegasi RED II dan pendekatan-pendekatan untuk menangani pandangan negatif minyak sawit di Eropah,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (EU).

Tambahnya, mereka turut mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan beberapa isu penting berkaitan minyak sayur dalam Terma Rujukan (TOR) Kumpulan Kerja Bersama dan selepas rundingan selama dua tahun, EU dan negara-negara anggota Asean kini mampu mencapai kata sepakat.

Menurut Hishamuddin, perkembangan positif itu adalah satu kejayaan penting dalam hubungan dengan EU. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast