KUALA LUMPUR, 16 Nov -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Seri Panglima Joseph Kurup ketika berucap pada Perasmian Sambutan Hari Toleransi Sedunia 2017 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyalurkan sebanyak RM20 bilion dalam bentuk perbelanjaan pembangunan bagi meningkatkan ekonomi bumiputera sejak agensi itu ditubuhkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Arthur Joseph Kurup berkata, peruntukan itu dimanfaatkan 1.15 juta bumiputera melalui pelbagai inisiatif termasuk dalam bidang keusahawanan, perniagaan dan pelaburan.

“Kerajaan melalui Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) menyediakan peruntukan pembangunan RM4 bilion menerusi Dana Ekuiti Nasional dan hingga kini telah menghasilkan pulangan pelaburan sebanyak RM3.2 bilion dalam 41 syarikat.

“EKUINAS juga berjaya meningkatkan bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam syarikat dilabur dengan mencatatkan penyertaan 23.5 peratus bumiputera di peringkat pengurusan tinggi dan 14.1 peratus di lain-lain peringkat,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai jumlah dan nama dana meningkatkan ekonomi bumiputera di Dewan Rakyat hari ini. – MalaysiaGazette