Muhyiddin bersama Tengku Zafrul memegang buku Belanjawan 2021 selepas selesai membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

TUJUAN sebenar Belanjawan 2021 dirangka untuk kelangsungan hidup rakyat pada waktu luar biasa, berdepan cabaran wabak Covid-19.

Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) bersetuju dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN)  untuk menambah bantuan aliran tunai kepada rakyat, bantuan kewangan langsung dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Kerajaan PN melepasi halangan pertama apabila Belanjawan 2021 ini lulus dengan lebihan suara pada bacaan kedua di Dewan Rakyat pada 27 November. Ini bermakna, Belanjawan 2021 peringkat dasar sudah pun diluluskan.

Namun begitu, terdapat percubaan pembangkang untuk meminta undi belah bahagi, malangnya ianya ditewaskan oleh pembangkang sendiri apabila mereka yang berdiri hanya 13 orang, iaitu tidak mencukupi 15 orang seperti disyaratkan.

Tersiratnya, perpaduan antara pembangkang amat rapuh apabila sekadar mendapat 13 sokongan pihak pembangkang sendiri. Kerajaan Perikatan Nasional 1, pembangkang 0.

Pada hari Isnin 30 November, Dewan Rakyat menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional mendapat undi majoriti bagi pembentangan jawatankuasa Kementerian Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. Ini bermakna, Kerajaan Perikatan Nasional sudah mendahului tiga mata, berbanding pembangkang yang masih gagal.

Hari ini pula menyaksikan tiga Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi tiga kementerian diluluskan, dengan dua darinya menerusi suara ramai dan satu lulus secara undi belah bahagi.

Sekali gus, menunjukkan Kerajaan PN masih utuh dengan mendahului lima mata berbalas kosong daripada pembangkang. TIdak mustahil, kerajaan PN akan mendapat sokongan padu 27-0.

Secara tersiratnya pula, pemimpin PKR yang disebut-sebut mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia, ternyata gagal mendapat sokongan ahli parlimen pada waktu pengundian.

Secara tersiratnya juga, PH plus atau Parti Warisan kini meragui kepimpinan Ketua Pembangkang apabila ahli Parlimen mereka mengambil pendiran berkecuali dan tidak hadir ke Dewan Rakyat.

Secara tersiratnya juga, Perdana Menteri masih mendapat kepercayaan ahli-ahli Parlimen. Ini bermakna, segala bentuk drama politik yang dicanang oleh Ketua Pembangkang sebelum ini ternyata cerita dongeng.

Akhir sekali, secara tersiratnya, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dapat dilihat apabila keputusan Baginda untuk menstabilkan kerajaan hari ini dibuat tanpa membenarkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menukar kerajaan berdasarkan angka sokongan yang tidak betul. – MalaysiaGazette

Shahir Adnan

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast