Mourhrna Reddy. foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan perobohan sebuah kuil berusia lebih 30 tahun di Kedah mengundang pelbagai spekulasi serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

Jurucakap Parti Gerakan, Mourhrna Reddy berkata, tindakan itu telah memberikan implikasi negatif ketika ini apabila tidak ada rundingan mahupun alternatif diberi dalam isu perobohan kuil Sri Raja Muniswaran.

“Ya, saya faham kuil itu terpaksa dirobohkan kerana itu bukanlah tanah milik mereka sebaliknya kerajaan dan ketika ini sudah ada pelan untuk pembangunan di kawasan tersebut.

“Tetapi bukankah perkara itu boleh dibawa berbincang apatah lagi ianya sebuah kuil Hindu yang sudah dianuti oleh penganutnya lebih 30 tahun? Tindakan ini sebenarnya boleh mencetuskan rasa yang sungguh tidak selesa terhadap kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

MB Kedah tidak pegang janji – Saravanan

Mourhrna mengulas krisis kuil yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Kuala Kedah pada 1 Disember lalu.

Insiden ini juga menyebabkan berlakunya pergeseran antara MIC dan Muhamad Sanusi.

Mourhrna berkata, sebelum ini pemimpin Pas kerap memberi jaminan bahawa parti itu akan menjaga hak serta kepentingan bukan Islam.

“Apa yang dijanjikan itu perlu di tepati, jika pihak sebelah tidak begitu betul maka ianya perlu dibetulkan dengan cara yang betul, jangan hanya sekadar kata-kata untuk menyedapkan hati,” katanya. -MalaysiaGazette

Cubalah haramkan MIC! – Vigneswaran

1 Komen

Comments are closed.