Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara  semalam mengumumkan pelancaran GrabSupermarket.

KUALA LUMPUR – Grab, aplikasi super terkemuka di Asia Tenggara  semalam mengumumkan pelancaran GrabSupermarket – satu-satunya pasar raya untuk penghantaran sahaja di rantau ini.

Ia juga sebahagian daripada usaha berterusan untuk penghantaran barangan runcit kepada pelanggan.

Terletak di lokasi yang strategik di kawasan Lembah Klang, GrabSupermarket, yang mula melakukan ujian rintis pada beberapa minggu yang lalu bagi memenuhi permintaan pembeli runcit dalam talian yang semakin meningkat.

GrabSupermarket kini menghantar lebih daripada 2,500 produk termasuk pelbagai pilihan barangan rumah, keperluan dapur, barangan kecantikan dan kesihatan serta produk segar yang diperolehi dari gudangnya.

Dengan kos penghantaran percuma, GrabSupermarket membawa hasil segar yang berpatutan dan berkualiti tinggi ke pintu rumah pelanggan dengan nilai maksimum dan kesegaran dalam masa 24 jam.

“Model penghantaran pada keesokan harinya membolehkan kami memastikan hasil produk dihantar dari pelbagai rakan kongsi ladang dan pembekal dihantar terus kepada kami dan dari kami kepada pelanggan, semuanya dalam masa 24 jam.

“Kami melihat penerimaan yang luar biasa ke atas GrabSupermarket dalam kalangan pengguna semasa fasa percubaan dengan hasil segar seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan dan hasil ternakan merangkumi hampir 50 peratus pesanan kami,” kata Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh dalam satu kenyataan.

Di samping itu, dengan GrabRewards, katanya, pelanggan Platinum Grab memperolehi penjimatan sehingga lima peratus untuk semua barangan runcit mereka dengan GrabSupermarket, GrabPay Credits dan Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card.

“Cita-cita kami adalah untuk menawarkan pelbagai pilihan barangan runcit dengan harga terbaik, kesegaran yang maksimum dan tanpa bayaran penghantaran kepada setiap isi rumah di Malaysia. Di samping itu, kami berharap GrabSupermarket akan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan untuk semua pemandu kami,” tambah Sean.

Sejak memulakan ujian rintis terhad di Petaling Jaya tiga minggu yang lalu, katanya, GrabSupermarket telah memenuhi ribuan penghantaran.

Mulai semalam, GrabSupermarket akan tersedia di seluruh Lembah Klang.

GrabSupermarket adalah kesinambungan daripada GrabMart, perkhidmatan penghantaran barangan dan barangan runcit segera Grab yang berkembang pesat yang terdapat di lapan buah negara di Asia Tenggara dan lebih daripada 70 bandar.

GrabMart mempunyai lebih 12,000 kedai runcit sebagai rakan kongsi di rantau ini, memberikan pelanggan Asia Tenggara cara mudah untuk mengakses produk keperluan dan yang paling laris atas permintaan dalam masa 30 minit.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast