Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Undi percaya yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar tanpa mengubah status kerajaan negeri.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sehubungan itu menegaskan pendirian parti itu bahawa kerajaan Perikatan Nasional di Perak mestilah dikekalkan.

“Semua barisan EXCO Kerajaan Negeri juga mesti diteruskan. UMNO juga berpendirian bahawa PPBM don PAS harus bersama mendokong Kerajaan PN Negeri Perak,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pagi tadi secara automatik tergugur daripada jawatan tersebut apabila 48 daripada 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menyokong usul percaya yang dibuat terhadap beliau dalam undi belah bahagi.

Dalam undi itu, Ahmad Faizal hanya mendapat 10 undi menyokongnya, manakala satu lagi berkecuali.

Berikutan perkembangan itu, Ahmad Faizal telah mengadap Sultan Perak petang ini.

Sementara itu Pas dalam satu kenyataan menegaskan tidak akan menyertai kerajaan negeri Perak yang baharu. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. pas xpernah takut dgn manusia.ape bukti ko kata dia takut? sepatut ko takut dgn diri ko sendiri y menyokong DAP. dah menipu rakyat. kesian gak tgk ko ni. knp?nak jd mb ke?g la amik.confirm jahanam negara.xyh negara.keluarga ko pn blm tntu baik.silap2 janaham.

Comments are closed.