Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 1,124 kes positif Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah kes di negara ini sebanyak 71,359 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh daripada Covid-19 pula sebanyak 1,143 kes, menjadikan jumlah kumulatif adalah 60,204 kes.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 10,775 kes.

”Daripada 1,123 kes baharu itu lima adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

“Sebanyak 40 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah
berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS)
dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (27 kes)
dan Kluster Tembok (13 kes),” katanya di sini.

Dr Noor Hisham menambah, negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 490 kes (43.6 peratus).

Negeri Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 391 kes (34.8 peratus) dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur sebanyak 265 kes (23.6 peratus).

Selain itu, sebanyak 130 kes positif yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurutnya, Kementerian Kesihatan turut merekodkan empat kematian, yang mana dua antaranya dari Sabah dan satu masing-masing di Johor dan Selangor.- MalaysiaGazette