Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Walaupun UMNO diheret dalam kemelut politik  di Perak membabitkan UMNO namun ia tidak menjejaskan fokus sayap pergerakan parti itu untuk terus mendekati rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pada masa ini perhatian terhadap isu rakyat lebih penting.

”Pemuda UMNO sudah bertekad akan terus fokus bantu rakyat terutamanya dalam keadaan pandemik,” kongsi beliau dalam hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah Skuad Sabil Terengganu yang terus istiqomah membantu rakyat yang dilanda musibah terutamanya dalam musim tengkujuh di Pantai Timur.

“Saya mendapat laporan, Pemuda-pemuda dan anggota Skuad Sabil Pemuda UMNO Terengganu pantas bergerak tatkala menerima maklumat dengan meredah hujan, mengarung banjir, selut tanp mengira penat yang penting turun membantu rakyat.

”Moga Allah merahmati kalian. Saya amat berbangga dengan anda semua!,” ujarnya.  -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. sudah2lah asyraf..isu rakyat ko mainkan.kalau fokus isu rakyat umno xkan jd pengkhianat la.ape umno je ke y boleh membela melayu islam?yang main judi, minum arak tu bkn pemimpin umno?berani nafikan?dah la asyraf.songkok pun da hilang. jd la Islam sejati. berhenti menipu dan memainkan nama rakyat

  2. Jangan asyik2 digunakan rakyat sebagai alasan. Mana dia org2 politik tatkala org dilanda kesusahan. Uztaz Ebiet Liew, Sdr Azfar Badrul, budak2 FoodPanda dan GrabFood dll lebih baik dan lebih bagus dr org2 politik. Buat kerja amal x pernah minta sanjungan. Sudah2 lah

Comments are closed.